"Reafanuddin!,ada surat untuk engkau".
"untuk aku?,siapa yang beri"
"entahlah,peminat rahsia kot"
seperti biasa setiap pagi jumaat aku akan menjaga pintu pagar sekolah bersama seorang pengawas tingkatan 2.Kadang-kadang aku berasa bosan derdiri macam"tiang lampu" di pintu pagar sekolah,tapi apa boleh buat segala tugas yang diamanahkan perlu dilaksanakan.Tapi kadang-kadang aku rasa seronok jaga pintu pagar sekolah,sebab aku boleh selalu melihat Aisya,walaupun dari jauh.
"hi,sayang you dah baca ke,surat yang I bagi kat you tu?"
"eh,Reena.Sejak bila saya jadi sayang awak ni?"
"soalan yang bagus,kejap saja lagi"
kadang-kadang aku rimas dengan peranggai Reena yang mengada-ngada.Dia selalu sahaja menganggap yang dia itu "Gabriella" dalam "High School Musical",kerana wajahnya yang pan-asia.Walaupun ramai pelajar lelaki yang tergila-gila dia,tapi aku langsung tak pernah ambil kisah tentang dia.
Jasadku yang ketika itu geli hati melihat gelagat Reena,tiba-tiba bertukar arah melihat persona Aisya yang baru sampai dengan menaki kereta Mini Copper bewarna putih.Bagi aku Aisya lah satu-satunya pelajar dari sekolah ini yang mampu mencairkan hatiku,walaupun aku tidak pernah melihat wajahnya yang terlindungi disebalik purdah putih.
*******************************************************************
"eh,Reena ni siap ada love lagi.Dengan perangai dia yang buruk tu,jangan harap aku nak bercinta dengan dia".Hati kecilku berbicara.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
bersambung.......
coretan:perjalananseorangmurabbi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.